KHATAMUN NUBUWWAH

KHATAMUN NUBUWWAH

Selasa, 28 Jun 2022

Ijazah Keilmuan Asma Keramat Panglima Perang (Ayat 4 Selendang Merah)

Assalamualaikum wbt,

Segala puji-pujian bagi Allah Azzawajal, Selawat dan salam Ke atas Junjungan mulia Baginda Sayyidina Muhammad Rasulillahi SAW.

Adapun keilmuan ini saya memperolehi dari 4 sanad yang berbeza, namun susur galurnya adalah tetap menuju yang Esa.

Di dalam kitab yang saya perolehi ijazah asal, guru hanya menyatakan khasiat amalan ini cukuplah sekadar selamat dunia dan akhirat. Namun pencarian dan galian saya tidak terhenti setakat itu sahaja. Di bawah ini saya nyatakan karomahnya selain dari kegunaan perang merah berdarah, dan juga sebagai pakaian panglima perang. Adalah sesuatu yang di tuntut agama bagi setiap orang-orang yang beriman menjadikan amalan ini sebagai pakaian diri, sehingga tiba waktunya.

Ada pun karomah dari amalan dan riyadah asma ini adalah akan mendapat hikmah dan ilmu laduni. Antaranya : - 

Melihat rupa singa kepalanya manusia, 

Tertulis di kepalanya surah al-fatihah dan tubuhnya surah yaasin.

- atau datang rasullullah menulis rajah di tubuh pengamal

- atau datang nabi-nabi yang lain menulis rajah di tubuh pengamal

- atau datang malaikat menulis rajah di badan

- atau roh kita keluar dari jasad dan menulis sesuatu di badan kita

- atau mendapat barang-barang mistik karomah

- atau mendapat ajaran ayat seribu jadi untuk pelbagai tujuan

- atau mendapat sesuatu yang rahsia (hak diri masing-masing) semua ini boleh diperolehi dengan ketekunan, kesabaran, keikhlasan seseorang dalam beribadah kepada allah.

 

Cara mengamalkannya ada 3 kaedah (boleh pilih) iaitu :-

1. Riyadah pertama:

Di baca setiap maghrib atau subuh atau tiap lepas solat fardu iaitu

Ayat pertama di baca 10x,

Ayat kedua di baca 33x,

Ayat ketiga di baca 33x

Dan ayat keempat di baca 33x atau lebih.

 

2. Riyadah kedua:

Diamalkan sambil berpuasa siang (puasa sunat) atau puasa malam (patigeni) iaitu

Ayat pertama di baca sebanyak 130x,

Ayat kedua di baca sebanyak 110x,

Ayat ketiga di baca sebanyak 100x

Dan ayat keempat di baca sebanyak 1999x.

 

3. Riyadah ketiga:

Setiap ayat di baca sebanyak 2000x kecuali ayat keempat boleh sebanyaknya. Disunatkan berpuasa selama 7 hari dan dalam tempoh berpuasa itu wiridkan keempat-empat ayat tersebut sebanyak 2000x sehari. Puasa boleh dimulakan pada hari ahad. Sebaiknya lakukan uzlah (tidak bercampur dengan manusia) jadi bolehlah cari tempat yang sunyi dan tenteram untuk beramal.


Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, para pengamal hendaklah mengamalkan selawat jibril sebanyak-banyaknya.

HANYA YANG BERKELAYAKAN SAHAJA, PESERTA AKAN DI TAPIS TERLEBIH DAHULU DARI SEGI ADAB DAN AKHLAK, UMUR MESTILAH DI ATAS 18 TAHUN.

Mahar Promosi keilmuan: RM499

Mahar Asal: 1500


Hubungi saya di telegram sahaja: